INDAH CINTA BERTAULIAHKAN IMAN

>> Monday, November 9, 2009


  1. Dalam menempuh perjalanan hidup ini, kamu pasti akan mengalami aneka ragam cubaan, sama ada hal itu yang menimpa dirimu, suamimu, anak-anakmu dan keluargamu yang lain. Dan ketika itulah keimananmu diuji. Kerana Allah SWT memberikan cubaan itu bertujuan untuk menguji sejauh mana keimananmu. Apakah kamu menerima dengan sabar atau marah dan tidak menerima terhadap keputusan Allah SWT.

    Bahkan Allah SWT sangat simpati kepada orang-orang yang bersikap sabar:

    "Dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya) dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa."
    (al-Baqarah: 177)

    Lebih dari itu, orang-orang yang bersabar amat disayangi oleh Allah SWT. Seperti ditegaskan sendiri oleh Allah SWT:

    "Dan Allah menyukai orang-orang yang sabar."
    (Ali Imran: 146)

    "Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan."
    (an-Nahl: 96)

    Ketahuilah, sesungguhnya Allah SWT akan mengujimu sesuai dengan kadar keimananmu. Jika kuat imanmu, maka ujian itu akan diperberatkan, sedang jika imanmu lemah, Allah juga akan memperingankan ujian itu, Perhatikanlah sebuah hadith yang diriwayatkan dari Sa'd bin Abi Waqqas r.a, dia berkata:

    "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang siapakah orang yang paling berat cubaannya?"
    Jawab Rasulullah SAW:

    "(Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya) adalah para Nabi, kemudian orang-orang yang semisal dan seterusnya. Seseorang diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dalam agamanya ada kekuatan, maka beratlah ujian dalam agamanya itu, sedang jika agamanya lemah, tentu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, sementara tidak ada kesalahan padanya.")

    Umar bin Khattab r.a berkata: "Aku menemui kehidupan yang paling indah dengan kesabaran."

    Dalam soal CINTA sesama manusia, terutamanya cinta lelaki dan wanita hendaklah cinta itu disulami kebenaran, kejujuran, berterusterang, keikhlasan dan jangan menyembunyikan perkara atau maksud yang sebenar. seperti menyamar menyerupai peribadi orang lain, tidak dapat tidak seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikannya dalam hati.

    Ikhlas dan Benar

    Mereka yang sentiasa membersihkan amalannya dinamakan orang yang ikhlas. Untuk mencapai tingkatan ikhlas ini, amat di tuntut untuk mematahkan dorongan hawa nafsu dan kasih akan dunia. Amalan ikhlas dan suci dalam perbuatan, tuturkata dan ibadat akan dapat mendekatkan diri insan kepada Allah SWT.

    Hakikat Benar

    1) Benar dalam amalan 2) Benar dalam menepati janji 3) Benar dalam perkataan
    4) Benar dalam keazaman 5) Benar dalam niat dan kehendak

    Hadis yang diriwayatkan daripada Nabi SAW:

    Maksudnya: "Sesungguhnya kebenaran itu membawa kepada kebajikan dan kebajikan itu membawa ke Syurga."

    Justeru itu, benar yang berlandaskan syariat Allah SWT inilah hakiki dan bukan benar menurut kacamata manusia.
    "Sentiasa menghisab atau meneliti kekurangan diri sendiri"

    Perkahwinan dianggap sebagai suatu ibadah yang dapat menyempurnakan setengah daripada agama seseorang, dengannya dia dapat bertemu Allah dalam keadaan suci dan diredhai.
    Al-Baihaqi r.a. meriwayatkan hadis daripada Rasullullah SAW, bermaksud:

    "Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya.
    Maka bertaqwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi."

    Dasar Pemilihan Suami

    1. Kuat agama (Soleh dan Musleh ) dan berakhlak mulia
    Hadis nabi SAW yang diriwayatkan oleh abu Hurairah r.a
    Maksudnya: Apabila datang kepadamu seorang (lelaki) yang kamu redhai agama dan
    akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah anakmu itu. Jika tidak berbuat
    demikian, nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan di atas muka bumi."

    2. Bukan keluarga terdekat

    3. Bebas dari penyakit berat

    Dasar Pemilihan Isteri

    1. Perempuan yang taat beragama
    "Dunia ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah "Wanita Solehah".

    2. Berketurunan yang baik dan dibesarkan dalam persekitaran yang sempurna akhlaknya.

    3. Perempuan yang subur dan berpotensi melahirkan ramai anak.

    4. Sekufu atau hampir sekufu

    5. Masih gadis atau anak dara

    6. Pasangan bukan daripada keluarga terdekat

    Antara 50 Pesan Rasulullah SAW: > kepada kaun Wanita

    "Dan barang siapa mentaati Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah mendapat
    kemenangan yang besar."
    (al-Ahzab: 71)

    "Orang-orang yang bertaqwa adalah menjadi para kekasih Allah. Mereka telah memperolehi
    khabar gembira dari Rasulullah SAW berupa kebahagiaan selepas mati. Mereka adalah yang
    diselamatkan dari azab neraka." Sebagaimana telah disentuh oleh Allah SWT dalam
    firmanNya:

    "Ingatlah, sesungguhnya wali-wali (para kekasih) Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan
    mereka selalu bertaqwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan
    (dalam kehidupan) di akhirat."
    (Yunus: 62-64)

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP