ALLAH SWT AKAN MENGUJI

>> Tuesday, November 17, 2009


Sebagai umat Islam, kita perlu akur dengan dengan setiap ujian yang diberikan. Namun adakala ujian itu tidak mampu ditangani dan pada ketika ini iman kita sedang diuji.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan:
"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
- (Al-Ankabut :2-3)

Apakah orang-orang pilihan, orang-orang baik, orang soleh, para ulama' pendakwah mengatakan bahawa Islam hanya berupa pengakuan belaka, bahawa kalimah Syahadah hanyalah satu pembohongan yang dibuat oleh pendusta?

Allah SWT berfirman:
"Sebenar kami melontarkan yang hak kepada yang batil, lalu yang haq itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang batil itu lenyap. Dan kecelakaanlah bagimu disebabkan kamu mensifati (Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya.
- (Al-Anbiya :18)

Sebenarnya Allah SWT menegakkan kebenaran di atas kebatilan tanpa dasar, kebatilan yang dibuat-buat dan kebatilan penuh dusta, hingga kebenaran itu membinasakannya hingga kebaikan lenyap.

FORMULA UNTUK DICINTAI ~ ALLAH & MANUSIA

Dalam konteks agama Islam, sederhana adalah perkataan yang punya pengaruh besar. Islam dikatakan sebagai agama yang sederhana kerana Islam memberikan keseimbangan antara dunia dan akhirat. Dengan kata lain, Islam mementingkan prinsip 'dunia dikelek, akhirat dijunjung'.

Firman Allah SWT berkaitan dengan konsep kesederhanaan, iaitu, "Dan mereka yang diredai Allah adalah mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tidak melampau batas dan tidak bakhil kedekut dan sebaliknya mereka adalah betul sederhana di antara kedua-duanya (boros dan kedekut)."
- Surah al-Furqan : 67)

Juga firman-Nya lagi, "Dan sederhanakanlah langkahmu ketika berjalan, juga rendahkan suaramu (ketika berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai."
- Surah Luqman : 19)

Malah Rasulullah SAW sendiri tidak terlepas daripada mengungkapkan kalimah sederhana dalam memberikan peringatan kepada umatnya. Dalam suatu riwayat dinyatakan, seorang lelaki datang bertemu Rasulullah lalu bertanya, " Wahai Rasulullah, tunjukkan kepadaku satu amalan yang sekiranya aku kerjakan, aku akan dicintai Allah dan juga dicintai manusia?" Maka Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Sederhanakanlah kamu dalam dunia pasti Allah akan mencintai kamu dan sederhanakanlah kamu apa yang ada pada manusia, nescaya manusia akan mencintai kamu."
- (Riwayat Ibnu Majah)
Kehidupan memerlukan keseimbangan. Itulah sederhana yang dituntut. Namun begitu ada juga salah tanggapan mengenai konsep sederhana yang kadangkala diambil kesempatan oleh segelintir kita.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP