Bertaut Kasih Dijanji Allah
>> Monday, November 30, 2009
Read more...
Melayari kehidupan ke puncak Iman dan Taqwa
Sebagai umat Islam, kita perlu akur dengan dengan setiap ujian yang diberikan. Namun adakala ujian itu tidak mampu ditangani dan pada ketika ini iman kita sedang diuji.
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan:
"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
- (Al-Ankabut :2-3)
Apakah orang-orang pilihan, orang-orang baik, orang soleh, para ulama' pendakwah mengatakan bahawa Islam hanya berupa pengakuan belaka, bahawa kalimah Syahadah hanyalah satu pembohongan yang dibuat oleh pendusta?
Allah SWT berfirman:
"Sebenar kami melontarkan yang hak kepada yang batil, lalu yang haq itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang batil itu lenyap. Dan kecelakaanlah bagimu disebabkan kamu mensifati (Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya.
- (Al-Anbiya :18)
Sebenarnya Allah SWT menegakkan kebenaran di atas kebatilan tanpa dasar, kebatilan yang dibuat-buat dan kebatilan penuh dusta, hingga kebenaran itu membinasakannya hingga kebaikan lenyap.
FORMULA UNTUK DICINTAI ~ ALLAH & MANUSIA
Dalam konteks agama Islam, sederhana adalah perkataan yang punya pengaruh besar. Islam dikatakan sebagai agama yang sederhana kerana Islam memberikan keseimbangan antara dunia dan akhirat. Dengan kata lain, Islam mementingkan prinsip 'dunia dikelek, akhirat dijunjung'.
Firman Allah SWT berkaitan dengan konsep kesederhanaan, iaitu, "Dan mereka yang diredai Allah adalah mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tidak melampau batas dan tidak bakhil kedekut dan sebaliknya mereka adalah betul sederhana di antara kedua-duanya (boros dan kedekut)."
- Surah al-Furqan : 67)
Juga firman-Nya lagi, "Dan sederhanakanlah langkahmu ketika berjalan, juga rendahkan suaramu (ketika berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai."
- Surah Luqman : 19)
Malah Rasulullah SAW sendiri tidak terlepas daripada mengungkapkan kalimah sederhana dalam memberikan peringatan kepada umatnya. Dalam suatu riwayat dinyatakan, seorang lelaki datang bertemu Rasulullah lalu bertanya, " Wahai Rasulullah, tunjukkan kepadaku satu amalan yang sekiranya aku kerjakan, aku akan dicintai Allah dan juga dicintai manusia?" Maka Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Sederhanakanlah kamu dalam dunia pasti Allah akan mencintai kamu dan sederhanakanlah kamu apa yang ada pada manusia, nescaya manusia akan mencintai kamu."
- (Riwayat Ibnu Majah)
Kehidupan memerlukan keseimbangan. Itulah sederhana yang dituntut. Namun begitu ada juga salah tanggapan mengenai konsep sederhana yang kadangkala diambil kesempatan oleh segelintir kita.
1) Jangan berlengah mencari redha Allah. Mati tak kira masa. Cepat atau lambat.
2) Pengabaian masa.
3) Kesempatan yang Allah beri pada kita ialah suatu nikmat.
4) Leka dengan perkara yang tidak perlu.
5) Jangan menyesal kemudian hari.
6) Bukan susah sangat hendak buat kebaikan.
Mati Tak Kira Masa
Bertangguh atau berlengah;
Memang itulah kelemahan manusia yang paling ketara. Daripada sekecil-kecil perkara seperti menyapu halaman rumah sehingga perkara-perkara besar termasuk hal ehwal ibadat - kalau boleh semuanya " Nantilah dulu " malah kalau diberikan kuasa, mati pun kita hendak menangguhkan.
Tetapi dalam bab yang satu ini, kita manusia langsung tidak punya kuasa. Mati itu pasti, dan bila kita akan mati; jawapannya hanya pada Allah Taala. Disebabkan itu, langkah terbaik bagi kita, jangan sesekali bertangguh. Takut nanti, kita mati tanpa sempat beroleh keredhaan Allah!. Lebih parah juga menakutkan, jika kita mati dalam Allah murka. Nauzubillahiminzalik.
" Rasulullah bersabda, yang bermaksud "
" Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara; masa mudamu sebelum datang masa tuamu, masa sihatmu sebelum tiba masa sakitmu, masa senangmu sebelum tiba masa susahmu, masa hidupmu sebelum tiba masa matimu dan masa lapangmu sebelum tiba masa sibukmu. " ( Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi ) "
Mutiara Kata
" Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak dapat mencari sahabat dan orang yang lebih lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari "
" Seorang teman sejati akan membuat anda hangat dengan kehadirannya, mempercayai akan rahsianya dan mengingati anda dalam doa-doanya "
" Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadanKu..."
(al-Baqarah:186)
"Benar" adalah baik dalam ucapan atupun perbuatan. Yakni benar, istiqamah dan ikhlas dalam melakukan ketaatan disertai keyakinan yang lurus, disamping benar juga dalam menunaikan kewajipan dan benar dalam memenuhi janji "
"Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang khusyu', lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah... Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar."
(al-Ahzab:35)
( Petikan Artikel )
Sekian kalinya ibu menitipkan warkah ini buatmu mutiara hatiku. Dikau satu satunya anak ibu yang ingin ku pahatkan sayang dan cinta kasihku padamu.
Sesungguhnya, ibu bangga dengan kasih kemanusiaan suci yang terpamer di Nur hati anak ibu. Bidang kejururawatan dilatih, ibu bersyukur, kelebihan yang ada, Allah berikan padamu dapat dimanfaatkan secara total. Tanpa rasa jijik, malah perasaan belas dan penyayang mengatasi segalanya tanpa mengira bangsa dan agama dikau dengan suci hati menghulurkan belai kasih membantu sesiapa sahaja yang memerlukannya. Sifat murni yang tersemat dihatimu, barangkali ibu pun tak mampu nak buat begitu. Begitulah dikau anakku.
Perjalanan hidupmu masih jauh, sayugianya dimantapkan semangat ketabahan untuk mengenal alam dan dugaan mendatang adalah satu ujian menjatikan keimanan. Cintailah Allah, segala pepohon pertolongan pasti akan meriba disisimu. Ingat anakku, perjalanan yang penuh liku, onak dan duri pasti memberi sempadan dan tauladan dihari hari kemudian. Kembangkan sayap perjuangan mujahadah diri sendiri dan juga pada sahabat disekelilingmu. Ibu memanjatkan doa semoga dirimu dipelihara dari malapetaka, jua dianugerahi seorang insan soleh dan musleh sanggup memikul tanggungjawab seorang suami, penyayang dan melindungimu dari azab api neraka. ~Ameen~
Dikesempatan ini, ibu mengucap SELAMAT HARIRAYA EIDULFITRI. MAAF ZAHIR BATIN.
Meniti jalan abadi
gersang hati malu pada diri
kental perjalanan penuh liku
disini aku ingin kembali menyuci hati
kelmarin yang tak sudi dapat ku raih senyuman
di mata hati ku
ku benam pelangi senja kelam dan tenggelam
singgahsana warna hati
ingin ku canangkan kepada-Mu ya Rabbi
gelisah hati, ubati rindu di penghujung Ramadhan
Al-Quran penyeri, penenang lalu meniti kepergian-Mu
Redha atas kehendak-Mu
Menemui dikau yang sudi menemani diri
duhai suami ku penglipur lara hati
tatkala aku terkapai di samudra
mutiara mu mengilap perjalanan ku
kembali pada-Mu ya Rabbi
kerna rinduku sudah bertaut dibumi-Mu
bayang harapan belum sempat ku langkah
demi-Mu ku rela membadai diri ke ambang redha
© Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP