KENTAL IMAN DI MUHASABAH CINTA

>> Sunday, February 7, 2010

Kehidupan tabii manusia sentiasa membolak balik hati. Kekadang iman ditempatkan terlalu tinggi, kekadang di bawah pertimbangan akal. Mudah menabur CINTA dikebun cinta. Bila terlalu sangat dilambung gelora cinta sanggup melanggar adat dan syariat. Corat coret puitis bak malam pertama pengantin.



Bila CINTA ALLAH tidak didahulukan, mana mungkin cinta sesama insan dinilai. Pilihan Cinta permatanya di kehebatan keturunan, kekayaan, kecantikan dan kemuliaan pangkat dan darjat. Allah itu maha adil, lumrah insan tidak boleh mengabadi setia dihati sebelum akad. Jika itu terangan berlaku , jauh dihati untuk bersetia hingga kemati bila sudah menjadi suami.

Anakku ujian ini memang menyentuh, menguris perasaanmu. Apabila ini menjadi sejarah, jangan sesekali dirimu menoleh ke belakang untuk mengutip sisa kehidupan. Terus perjalananmu , kentalkan imanmu dan bertawakal kepadaNya. Disebalik musibah ini, Allah telah menjanjikan insan soleh yang lebih hebat imannya. Kerana itu dapat membimbingmu kejalan Syurga dunia dan akhirat. Ameen.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP